Smart Bacaan Tuition (4 hingga 9 tahun)
Kuasailah kemahiran membaca daripada satu suku kata sehingga perkataan berimbuhan dan juga penggunaan tatabahasa Bahasa Malaysia. Program Smart Bacaan ini juga mengandungi pembelajaran dalam membina ayat, memahami makna perkataan, mengarang cerita, pantun dan juga kemahiran asas Bahasa Malaysia yang lain.
Program ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 9 tahun untuk menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia. Smart Bacaan program mempunyai 6 tahap iaitu tahap 1,2,3,4,5 dan 6 di mana tahap 1 adalah pembelajaran asas Bahasa Malaysia dan meningkat ke tahap seterusnya sehingga ke tahap 6.
Sesi Smart Bacaan
Smart Bacaan program diadakan 2 jam setiap minggu di pusat pembelajaran kami. Buat masa ini, sesi Smart Bacaan kami adalah seperti berikut:
- Setiap hari Sabtu: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
- Setiap hari Sabtu: 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Saiz Kelas
Saiz kelas adalah 12:1 iaitu nisbah 12 murid kepada 1 pengajar. Dengan saiz kelas yang kecil ini membolehkan pengajar dapat memberi perhatian yang lebih fokus terhadap setiap individu.
Tenaga Pengajar
Pengajar untuk Smart Bacaan adalah tenaga pengajar yang telah dilatih dan berpengalaman dalam mengajar para murid untuk program ini.
Yuran Smart Bacaan
Yuran untuk Smart Bacaan adalah RM80/sebulan sahaja. Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut mengenai yuran dan pendaftaran untuk program ini.
Pendaftaran
Program in direka khas untuk kanak-kanak agar mereka dapat menguasai kemahiran membaca dan memahami Bahasa Malaysia dengan baik. Dengan 6 tahap, program ini amat sesuai untuk kanak-kanak pra-sekolah ataupun untuk mereka yang ingin memantapkan lagi kemahiran Bahasa Malaysia di peringkat awal sekolah rendah. Hubungilah kami untuk keterangan lebih lanjut!
Tag: Bahasa Malaysia Tuition for kids, Tutorial, Tuisyen, Bacaan, Kanak Kanak Sekolah Rendah, Primary School Children Bahasa Malaysia Reading, Writing, UPSR, Seksyen 9 Shah Alam Selangor Malaysia